Monday 30 July 2012

Duhai hati.... bersabarlah....

Jangan salahkan takdir jika berlakunya perpisahan
kita dengan insan yang disayangi, anggaplah ia
sebagai dugaan untuk kita supaya tidak lalai dalam
arus duniawi, kerana dugaan itulah ALLAH mahu
hambaNYA sentiasa ingat padanya dan tidak alpa,
juga berpada- pada dalam memberi cinta manusia
itu lebih dari mencintaiNYA, kerana perpisahan yang
berlaku bakal meremukkan jiwa dan hati sanubari anda. ALLAHmenduga kerana DIA sayang akan kita,DIA tak mahu kita hanyut. Apalah salahnya jika kita bersabar dan terus bersabar menanti jodoh kita,kerana setiap manusia itu sudah ditetapkan jodoh di Luh mahfuznya, cuma dengan siapa sahaja kita belum pasti dan sudilah kiranya bercinta itu selepas berkahwin, kerana kemanisan hidup tampak di situ.Jangan risau jika tiada insan tersayang disisi, tetapi risaulah tentang amalan kita semua yang mana mati itu bakal ditempuhi oleh semua insan

No comments:

Post a Comment