Tuesday 31 July 2012

duhai sahabat...

Duhai sahabat...
secantik manapun musim luruh di dunia ini...
seindah manapun kelopak bunga sakura jatuh berguguran....
sesejuk manapun titisan salju menyembah bumi....
sekilau manapun mutiara didasar lautan....

namun..

tiada apa yang mampu menandingi keikhlasan dalam persahabatan antara kita semua..
harusku akui sahabat,
suatu hari nanti mungkin diriku akan kau lupakan

tapi...

aku ingin engkau tahu bahawa aku tak akan pernah lupakan dirimu
pintaku jika aku ada melakukan kesilapan...
tulislah ia diatas pasir
agar ia hilang dibawa ombak....

namun...

apabila aku melakukan sesuatu yang membahagiakan dirimu
tulislah ia didalam hatimu
agar ia terus tersemat didasar sanubarimu....
semoga terlakar sebuah memori indah
dariku seorang sahabat....
buat insan bergelar sahabat..

Monday 30 July 2012

Duhai hati.... bersabarlah....

Jangan salahkan takdir jika berlakunya perpisahan
kita dengan insan yang disayangi, anggaplah ia
sebagai dugaan untuk kita supaya tidak lalai dalam
arus duniawi, kerana dugaan itulah ALLAH mahu
hambaNYA sentiasa ingat padanya dan tidak alpa,
juga berpada- pada dalam memberi cinta manusia
itu lebih dari mencintaiNYA, kerana perpisahan yang
berlaku bakal meremukkan jiwa dan hati sanubari anda. ALLAHmenduga kerana DIA sayang akan kita,DIA tak mahu kita hanyut. Apalah salahnya jika kita bersabar dan terus bersabar menanti jodoh kita,kerana setiap manusia itu sudah ditetapkan jodoh di Luh mahfuznya, cuma dengan siapa sahaja kita belum pasti dan sudilah kiranya bercinta itu selepas berkahwin, kerana kemanisan hidup tampak di situ.Jangan risau jika tiada insan tersayang disisi, tetapi risaulah tentang amalan kita semua yang mana mati itu bakal ditempuhi oleh semua insan

Sunday 29 July 2012

Terima Kasih sahabat.... :)

Assalamualaikum....Setelah ape yang berlaku... terlalu ramai manusia memandang serong pada sy.. mereka menilai sy secara luaran.... pernah satu ketika ingin sy berlari... jauh... sejauh yg mungkin.... namun Alhamdulillah masih ade insan yang bergelar sahabat yang sudi mendengar... memahami... memperbetulkan saya..... terima kasih byk2 sahabat... syukur... ALHAMDULILLAH..... untuk pemilik kereta pink.... sy ucap terima kasih banyak2.... :)


♥ tersenyum kerana saya ada 3 Jawapan yang
membuatkan saya rasa bahagia♥
1. Aduhai, berat sungguh ujian ini.
Jawapan:
ALLAH SWT uji kita sebab ALLAH SWT sayangkan
kita. Bersabarlah menghadapi ujian kehidupan.
2. Erm... Hati manusia kita kena jaga, tapi hati kita
siapa nak jaga?
Jawapan:
Hati kita ALLAH SWT yang jaga...
3. Dekat siapalah kita nak luahkan isihati ini?
Jawapan:
Kita kan ada ALLAH SWT. Luahkan isihati kita pada
ALLAH SWT. InsyaALLAH, akan tenang...
(`0^)tersenyumlah sebab kita sentiasa ada orang
yang memahami kita.. yakin lah sahabat


Dan Ketika.....

KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.
KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah
PEMBERIAN.
KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah
memberi aku KEKUATAN.
KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah
KEBERUNTUNGAN.
HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.
Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang
TERBAIK,
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan
KEBAHAGIAAN.
Tetapi ketika kita mampu dan mau MENERIMA
semua KEKURANGAN & KELEBIHAN...
Itulah KEBAHAGIAAN..

Thursday 26 July 2012

Ya Allah...

✿>>Seringkali aku baca dalam solatku namun
jarang sekali aku amalkan.. Dan aku merenung
sejenak..

✿ Innasolati.. sesungguhnya solatku
✿ Wanusuki.. dan ibadahku
✿ Wamahyaya.. dan hidupku
✿ Wamamati.. dan matiku
✿ LillahiRabbil ‘alamin.. kerana Allah Tuhan sekalian
alam..

Walau berulang kali aku ucapkan..
Benarkah segalanya hanya keranaMu?

Solatku.. khusyukkah solatku? Kusyukkah?

Ibadahku.. banyak lagi yang tidak aku amalkan..banyak lagi!!
Hidupku.. masih belum lurus panduannya.. iman dan hati..
Matiku.. masih menjadi persoalan.. Mati yang
bagaimana?? ALLAH!!

Tuesday 24 July 2012

Penuh Pengertian... :)

Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN
rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang
MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih
dari segala-galanya.
Dan
Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak
kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tetapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi
lebih dari yang mahu kita lakukan..

Saturday 21 July 2012

Ingatan bt diriku...

Kita tak akan boleh KEMBALI ke MASA LALU.
Walauapapun kendaraan yang kita naiki...Kita tak akan BERPATAH BALIK.,..

MASA LALU ADALAH KENANGAN,
MASA DEPAN ADALAH IMPIAN ♥

Duhai hati... renung-renungkanlah....

Latih diri untuk kawal emosi, bersabar dan latih diri
untuk bertenang. Memang masalah tu berat dan
payah nak dilupakan, tapi bertenang adalah lebih
baik. Cara bertenang itu dengan bersyukur dan
senang dengan apa yang ada pada diri kita;
Sebagaimana firman Allah: "Bersyukurlah nesacaya
Aku akan menambah nikmat kepadamu";
Surah AN-NAHL (LEBAH) - Ayat 78.. "Wallah hu
akhrajakum mim butu ni ummahaa tikum..
"Dan ALLAH mengeluarkan kamu dari perut ibumu
dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan
Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan
hati, agar kamu bersyukur."
maka Lebih banyak Anda berterima kasih
(Bersyukur), lebih banyak penyelesaian yang akan
wujud dan lebih banyak bantuan dan pertolongan
yang akan muncul.

Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan... :)

Jika kamu mnadah air biarlah brpada, jgn tlalu
mghrap pada takungannya & jnganlah
menganggap ia begitu tguh.. Ckuplah skdar
kprluanmu.. Apbla skali ia retak.. Tentu skar utk
kmu mnampalnya smula.. Akhrnya ia dbuang..
Sdangkan jka kmu cuba mbaikinya mgkin ia bleh
dgunakan lg.. Begitu jga jka kmu mmliki sese0rg
trimalah seadanya.. Jgnlah kmu trlalu
mengaguminya & jgnlah kamu menganggapnya
bgitu istmwa.. Anggaplah ia mnsia biasa. Apbila
skali dia mlakukn ksilapan bkan mdah bgi kamu
untk mnrimanya.. Akhrnya kamu kcewa
meninggalkannya. Sdangkn jika kmu
memaafkannya bleh jd hbungan kmu akn btrusan
hngga ke akhirnya.. Insyallah.. :)

Thursday 19 July 2012

Duhai Hati.... :)

Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita
ketawa,

Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat
kita mengalirkan air mata,

Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu
memberi kita sejuta rasa..

Marah, jauh hati, sedih,
gembira, sayang dan rindu..

Tapi, sedarkah kita? Mengenali seseorang itu
sebenarnya adalah satu ANUGERAH.. Biarpun
hadirnya hanya seketika dan sekadar SEMENTARA..

Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana
barangkali, melaluinyalah kita mengerti apa itu erti
suatu perhubungan.. :)

Wednesday 18 July 2012

Untuk Diriku.... :)

WAHAI DIRIKU . .

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

WAHAI DIRIKU . .


Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Thursday 5 July 2012

Mulakan hari baru... :)

Assalamualaikum... Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah kerana masih diberi peluang bernafas... :) masih diberi peluang utk menebus kesalahan... masih diberi peluang untuk mengumpul semangat.... Alhamdulillah... syukran...

      **Insan sentiasa memerlukan penawar dalam hidup.Tidak kira samada ketika perit dan pahit ataupun ketika susah dan gembira.Ketika derita moga penawar itu dapat mengubat sengsara.Ketika bahagia,penawar itu akan membuka lebaran kebahagiaan jiwa yang pelbagai warna dan rasa.Penawar jiwa memjadikan insan melihat ufuk kehidupan begitu luas.Pengubat sengsara menukar derita insan kepada rasa bahagia dan menenangkan jiwa dalam merentasi lurah dan denai pengembaraan hidup.....**Kata hikmat kejahatan.

.............Nasihat utk diri sendiri.......

-Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.

-Orang yang membenarkan kejahatan,beerti sudah
berbuat jahat.

-Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu
lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu
memaaf dan melupakan kejahatan orang lain
terhadap dirimu.

-Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan
sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan
turut merosakkan diri sendiri.

-Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.

-Menolong orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang tersepit.’

-Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan pasti
ditohmah atau difitnah.

-Manusia yang hanya besar perut,banyak tidur,pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan manusia yang bersifat jahat.

-Orang yang membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah diri sendiri telah melakukan
kejahatan yang amat keji.

-Iman yang teguh menghalang manusia
melakukan kejahatan


Ya Allah.... Duhai hati, tetaplah istiqamah, walau itu berat  bagiku...PERCAYALAH AKU MAMPU LAKUKANNYA :)


Wednesday 4 July 2012

Kuatkah aku......?????

                 


                  Aku mencari NUR FITRAH


""Langkahku bertapak bukti kesempurnaan kejadian diri,namun aku dambakan NUR FITRAHKU untuk memimpin diri ini untuk kembali.""

In pain....

Ya Allah... kuatkanlah hati hamba mu ini......

Monday 2 July 2012

Decisions making.....



sometimes Allah pushes us to our limits. it's because He has greater faith in us than we have in ourselves.  hence, no matter how painful and stupid your decision has been made, as long as you can stand the consequences, it means you have made the right choice.  if not, raise your hand, berdoa to Allah insyaallah you will find your way ....


i mizz my friends so much.......

and we are not going to give up.....

When the road you are trudging seems all up hill.

When funds are low and the debts are high and you want to smile but you have to sigh. You down a bit. Rest.... if you must!! But dont you QUIT.......!




Life.... its twist and turns. As every one of us sometimes LEARN. Dont give up even though the secure seems slow.... 


You may succeed with another chance.... Succes is failured turned inside out......

New Chapter :)

Assalamualaikum.... Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umurku untuk aku terus bermunajah terhadap Nya... masih memberikan peluang untuk diriku memperbaiki diri... memperbetulkan akhlakku... dan yang paling utama untuk terus memberikan peluang pada diriku untuk sentiasa mendampingi Nya... Alhamdulillah.... Ini adalah blog yg kedua.... dengan harapan ini adalah permulaan yg baru untuk diriku..... kutinggalkan kisah-kisah lalu.... namun masih kutitipkan utk dijadikan pengajaran bt diriku.... :)