Tuesday 31 July 2012

duhai sahabat...

Duhai sahabat...
secantik manapun musim luruh di dunia ini...
seindah manapun kelopak bunga sakura jatuh berguguran....
sesejuk manapun titisan salju menyembah bumi....
sekilau manapun mutiara didasar lautan....

namun..

tiada apa yang mampu menandingi keikhlasan dalam persahabatan antara kita semua..
harusku akui sahabat,
suatu hari nanti mungkin diriku akan kau lupakan

tapi...

aku ingin engkau tahu bahawa aku tak akan pernah lupakan dirimu
pintaku jika aku ada melakukan kesilapan...
tulislah ia diatas pasir
agar ia hilang dibawa ombak....

namun...

apabila aku melakukan sesuatu yang membahagiakan dirimu
tulislah ia didalam hatimu
agar ia terus tersemat didasar sanubarimu....
semoga terlakar sebuah memori indah
dariku seorang sahabat....
buat insan bergelar sahabat..

Monday 30 July 2012

Duhai hati.... bersabarlah....

Jangan salahkan takdir jika berlakunya perpisahan
kita dengan insan yang disayangi, anggaplah ia
sebagai dugaan untuk kita supaya tidak lalai dalam
arus duniawi, kerana dugaan itulah ALLAH mahu
hambaNYA sentiasa ingat padanya dan tidak alpa,
juga berpada- pada dalam memberi cinta manusia
itu lebih dari mencintaiNYA, kerana perpisahan yang
berlaku bakal meremukkan jiwa dan hati sanubari anda. ALLAHmenduga kerana DIA sayang akan kita,DIA tak mahu kita hanyut. Apalah salahnya jika kita bersabar dan terus bersabar menanti jodoh kita,kerana setiap manusia itu sudah ditetapkan jodoh di Luh mahfuznya, cuma dengan siapa sahaja kita belum pasti dan sudilah kiranya bercinta itu selepas berkahwin, kerana kemanisan hidup tampak di situ.Jangan risau jika tiada insan tersayang disisi, tetapi risaulah tentang amalan kita semua yang mana mati itu bakal ditempuhi oleh semua insan

Sunday 29 July 2012

Terima Kasih sahabat.... :)

Assalamualaikum....Setelah ape yang berlaku... terlalu ramai manusia memandang serong pada sy.. mereka menilai sy secara luaran.... pernah satu ketika ingin sy berlari... jauh... sejauh yg mungkin.... namun Alhamdulillah masih ade insan yang bergelar sahabat yang sudi mendengar... memahami... memperbetulkan saya..... terima kasih byk2 sahabat... syukur... ALHAMDULILLAH..... untuk pemilik kereta pink.... sy ucap terima kasih banyak2.... :)


♥ tersenyum kerana saya ada 3 Jawapan yang
membuatkan saya rasa bahagia♥
1. Aduhai, berat sungguh ujian ini.
Jawapan:
ALLAH SWT uji kita sebab ALLAH SWT sayangkan
kita. Bersabarlah menghadapi ujian kehidupan.
2. Erm... Hati manusia kita kena jaga, tapi hati kita
siapa nak jaga?
Jawapan:
Hati kita ALLAH SWT yang jaga...
3. Dekat siapalah kita nak luahkan isihati ini?
Jawapan:
Kita kan ada ALLAH SWT. Luahkan isihati kita pada
ALLAH SWT. InsyaALLAH, akan tenang...
(`0^)tersenyumlah sebab kita sentiasa ada orang
yang memahami kita.. yakin lah sahabat