Thursday 5 July 2012

Mulakan hari baru... :)

Assalamualaikum... Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah kerana masih diberi peluang bernafas... :) masih diberi peluang utk menebus kesalahan... masih diberi peluang untuk mengumpul semangat.... Alhamdulillah... syukran...

      **Insan sentiasa memerlukan penawar dalam hidup.Tidak kira samada ketika perit dan pahit ataupun ketika susah dan gembira.Ketika derita moga penawar itu dapat mengubat sengsara.Ketika bahagia,penawar itu akan membuka lebaran kebahagiaan jiwa yang pelbagai warna dan rasa.Penawar jiwa memjadikan insan melihat ufuk kehidupan begitu luas.Pengubat sengsara menukar derita insan kepada rasa bahagia dan menenangkan jiwa dalam merentasi lurah dan denai pengembaraan hidup.....**Kata hikmat kejahatan.

.............Nasihat utk diri sendiri.......

-Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.

-Orang yang membenarkan kejahatan,beerti sudah
berbuat jahat.

-Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu
lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu
memaaf dan melupakan kejahatan orang lain
terhadap dirimu.

-Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan
sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan
turut merosakkan diri sendiri.

-Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.

-Menolong orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang tersepit.’

-Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan pasti
ditohmah atau difitnah.

-Manusia yang hanya besar perut,banyak tidur,pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan manusia yang bersifat jahat.

-Orang yang membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah diri sendiri telah melakukan
kejahatan yang amat keji.

-Iman yang teguh menghalang manusia
melakukan kejahatan


Ya Allah.... Duhai hati, tetaplah istiqamah, walau itu berat  bagiku...PERCAYALAH AKU MAMPU LAKUKANNYA :)


No comments:

Post a Comment